Wednesday, December 10, 2008

Knitting.. Crochet.. Apa tu??!!..

Salam.. Pejam celik pejam celik dah berlalu Aidiladha.. Yang penting kita kena tahu dan selalu sematkan di dalam hati kita, Pengorbanan Itu Kunci Kejayaan.. Macam pengorbanan Nabi Allah Ismail a.s...

Kali ni aku nak citer sket pasal hobi Mama kesayangan aku.. Dari aku baby sampai la aku besar ni, aku slalu tgk dia wat knitting and crochet.. Im not sure on the spelling, plz let me know if it is wrong ya.. Ala yang pakai 1@2 jarum yang panjang tu.. 1 lagi pakai jarum yang ada cangkuk kat hujung dia tu.. Kira memang hobi Mama sejak aku kecik2 sampai la umur dia dekat 56 thn ni.. Byk dah hasil tangan dia tu, antaranya stokin kami adik beradik, and baju sejuk.. Comei n cute giler hasil dia tau..

Sebulan ke dua bulan yg lepas, masa kami jenjalan kat Sg Wang, jumpa la dengan kedai yg jual benang and all the tools related wt knitting and crochet ni.. Yang mama aku sronok sgt, diorg also provide free class for those yang nak blaja seni knitting and crochet ni.. Xkira la korang dah pandai ker.. Baru terketar-ketar tangan nak blajo ker.. Sebab pattern and design dia byk giler..
And the story has began..

Semenjak itu la most of the weekends mama aku akan ke kedai tu utk meningkatkan jutsu-jutsu dia dalam knitting and crochet ni.. Masa menunggu memang mencabar kesabaran dan kesusilaan aku.. Ye la takkan aku nak tercongok dekat kedai tu sampai mama abis kelas.. So mula2 aku bwk buku, last2 sampai huruf2 dlm buku tu kembar lima, punya la aku fokus.. haha.. Lepas tu aku melepak plak kat kedai cd, sambil tgk naruto shipuden kat luar kedai tu.. Boleh ke dia tutup tv dia, hampeh betul.. Kedekut al bakhil betul tokey tu.. Siap jeling aku lagi.. Aku tampo kang juling mata dia.. Isk.. Isk..

Arrgghh.. Tension.. Tension.. Aku xtau dah nak wat apa.. Takkan nak duduk kat kedai makan, jadi bebola ayam kang badan aku ni.. Tak teman kang kesian pulak mama, dulu kecik2 blh jer dia teman aku ke mana2 aku nak pegi..

By the way.. Ni antara hasil yang dia dah buat sepanjang dia blajo tu.. Kebanyakkan nya utk baby, ala utk cucu mama aku yg tersyg tu..

Cantik tak.. Baby jer tau.. Mak-mak baby tgk jer la..



Yang ni pulak stokin utk para bayi2.. Dulu aku selalu juga minta mama aku buat and bagi hadiah kat orang..



Kat atas tu sumer crochet, ni pulak knitting, baju utk anak buah aku yang almost 95% siap..



Auntie tokey kedai ni pulak suka wat baju utk anak patung (dolls) di samping menda2 lain.. Macam ni..



Amazing kan.. Biler aku tgk mama aku buat, ada juga hati dan perasaan nak blaja, tp aku xcukup seni tangan la.. Kait2 jer simpul.. Last2 keje aku, tukang gunting bola utk stokin jer.. Benang tu korang kena bulat2 kan guna pembaris kertas, simpul n kena ketatkan.. Gunting.. Baru la dapat bola berbulu macam stokin yg korang tgk kat atas.. Hah!! Jgn fikir bukan2 pulak ekk.. Isk2..

Korang nak tau, at last apa aktiviti aku masa menunggu mama aku masuk kelas??.. Nanti aku citer ekk.. Aktiviti ganazzz tu.. Suspen jekk..

Daa...

2 comments:

  1. Anonymous3:22 PM

    Nanti saya panjang umur,dapat anak pompuan...nak tempah la dengan mak awak azwan..harap2 dia larat lagi la masa tu

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:12 PM

    Boleh.. Boleh.. Kalo dia xlarat tempah la dgn saya, buat stokin jadi kopiah... Kwang.. kwang..

    ReplyDelete