Monday, May 25, 2009

Jangan tuntut bukan-bukan..

Salamm.. Moh kita baca dan hayati kenyataan PM Dato Seri Najib dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2009..

KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan kerana cuba mengambil kesempatan daripada gagasan ‘1Malaysia’ dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri berkata, Satu Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional, bukannya platform bagi mana-mana pihak melontar tuntutan yang bukan-bukan.

“Saya berharap gagasan Satu Malaysia ini merupakan satu konsep yang boleh menjurus kepada perpaduan lebih kental lagi kerana konsep ini bawa penghayatan perpaduan kepada tahap lebih tinggi lagi, seperti mana yang saya sebutkan tadi daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan.

“Itu merupakan satu peningkatan ke arah penghayatan yang lebih mendalam mengenai soal perpaduan nasional dan bukanlah konsep Satu Malaysia ini disalah gunakan oleh sesiapa untuk membuat atau mendesak tuntutan yang keterlaluan atau tidak munasabah,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama Satu Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu saja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.

Sebelum ini, ada ahli Kabinet meminta kaedah pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibuat secara meritokrasi kerana ia mencerminkan gagasan Satu Malaysia.

Pemimpin pertubuhan haram Hindraf pula meminta kerajaan memberi status bumiputera kepada penduduk kaum lain yang lahir selepas merdeka.

Permintaan itu dibuat atas dasar kononnya ia bagi menyatukan seluruh penduduk negara ini dan memberi makna sebenar Satu Malaysia.

Perdana Menteri menambah, adalah menjadi harapan beliau agar gagasan Satu Malaysia dihayati dengan sebaik mungkin agar objektifnya itu dapat difahami dan dicapai.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, gagasan Satu Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuh perpaduan nasional iaitu konsep penerimaan, prinsip kenegaraan dan konsep keadilan sosial.

Jelas beliau, penerimaan bererti walaupun rakyat pelbagai kaum secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya antara satu sama lain tetapi mereka mengamalkan toleransi dan menerima yang lain sebagai rakan yang setia.

“Kita perlu berganjak daripada konsep toleransi ke konsep penerimaan, apabila kita menerima masyarakat majmuk di negara ini sebagai satu kekuatan kita dan menerima kaum lain sebagai rakan setia kita,” katanya.


Katanya, dalam kenegaraan, antara yang penting ialah rakyat perlu mengetahui peranan pengasas negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan.

Tambah beliau, semangat Rukun Negara juga perlu dihayati bagi membolehkan satu nilai budaya untuk seluruh Malaysia dapat diwujudkan di bawah prinsip kenegaraan.

“Apabila kita tahu sejarah negara, maka kita juga tahu di mana kita berada dan apakah hala tuju negara pada masa depan,” katanya.

Mengenai keadilan sosial, jelasnya, ia menerangkan bahawa setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Katanya, rakyat perlu bersama menjayakan gagasan Satu Malaysia demi perpaduan negara berdasarkan konsep penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial itu.


** Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung.. Yang paling utama, jangan sampai ada yg lupa daratan.. Daa..

Friday, May 08, 2009

Menanti Masa..

Salam.. Alhamdulillah bulan ni banyak peristiwa yang berlaku di depan mata, maka banyaklah jua ceriter yang boleh kita kongsikan bersama.. Yang baik anda jadikan tauladan, yang buruk buatlah ia sebagai sempadan.. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar kita menjadi dewasa..

Alkisahnya semalam aku pegi ke satu pasaraya di Alamanda Putrajaya.. Nak carik bahan2 untuk wat Char Kuew Tiaw.. Ada org mengidam nak makan.. Dah dapat hampir semua menda2 yang diperlukan, tinggal lagi minyak bijan.. Ada tapi yg ada, sumer xada tanda halal.. So cancel, beli kat luar la.. Isk2 nama jer duk negara Islam tp payah tul nak dpt benda tanpa rasa syubhah..

Pastu duk round sambil tgk2 ayam n udang.. Dalam pada tu singgah jap kat area ikan.. Pada awalnya aku begitu teruja melihat ikan2 talapia tu hidup dalam aquarium.. Tapi biler aku perhati betul2, xada riak2 gembira pada wajah2 ikan2 yang ada dalam tu (aku punya tahap empati kepada haiwan esp. ikan dan kucing amat dasat so aku blh tau depa hepi ke x hehe).. Banyak tapi tiada kemeriahan.. Xada adengan kejar mengejar, bergurau senda..



Apa yang jelas masing2 muram, sedih dan kadang2 menganga dengan seluas2nya menyedut oksigen yang sangat terhad.. Haru aku tgk ikan2 tu.. Patutnya sumer hepi sebab aquarium tu cantik dan ramai kawan plak tu..



Tapi bila pandang sign kat ctu --> Ikan Hidup Segar!!.. Baru aku paham napa sumernya muram semcm.. Mereka hanya Menanti Masa untuk disiang hidup2 sbg santapan manusia2 yang inginkan kesegaran kononnya.. Apa la erti aquarium yang cantik, kawan yg ramai kalau hidup hanya untuk mati.. Siannya..





Smoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah Yang Maha Adil.. Betapa bsrnya pengorbanan mereka walaupun hanya sekadar ikan talapia..

Aku juga ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan 'SLamaT Hari Ibu' pada bonda tersyg dan sumer ibu2 di dunia, khususnya buat Mak, Mama Ct, Sis Mazni, Sis Nuni, Ika, Tun Adillah Penilaian, Hajiawati Penilaian dan Adik aku.. Dan pada sumer2 Ibu2 yang aku kenali atau tidak.. Sygilah dan besarkan anak2 baik2 tau.. Beruntungnya jadi ibu, syurga anak2 terletak di bawah tapak kaki anda.. Insya Allah, pahit jerih.. Susah payah.. dan segala kesulitan akan membuahkan anak yg soleh/solehah.. Janji kene ikhlas dan byk bsabar ekk..

Mama.. Sesungguhnya jasa dan kasih syg mu tidak mampu ku balas.. Smoga Allah merahmati dan menyayangi mu dunia akhirat.. Kaulah buah hati ku.. Sayang ma..

Jumpa lagi.. Daaa..

Monday, May 04, 2009

Wat Suspen Jerr Part II..

Salam.. Kita sambung balik kay..

Lepas tu, Mira kembali ke kudanya.. Aku dh giveup, sukati la Mira.. Asal ko bahagia.. Last2 dia naik juga papan gelungsur setelah aku paksa dgn cara bhemah.. Hehe.. Cuma ada sekali tu masa dia nak menggelungsur aku tgk ada benda putih kat kaki dia.. Bila aku pegang rupa2nya PAMPERS!!.. Pampers dia dh meloyot smpai ke bwh.. Berdekah2 aku ketawa, dgn Mira2 pun ketawa.. Dia tak tau kalau ada 'harta karun' dalam bentuk PEPEJAL atau CECAIR nayalah kitaorg kena maki dgn tauke India.. Nasib baik xada.. Alih2 kamera mak aku pun abih bateri.. Aku simpan balik dlm sarung dia..

Tgahari aku pun bwk Mira blk ke rumah mak aku.. Sampai jer aku terus minta mak aku bg charger kamera.. Belumpun charger smpi di tangan aku dh terlena kepenatan.. Alih2 dh ptg, aku nak blk umah aku sbb nak amik brg since bulan ni aku kene tido umah adik aku during week days.. So aku amik charger n balik umah..

Sampai jer kat umah aku carik kamera mak tu utk charge betri.. TAPII!!.. Yang suspennya, kamera tu xada!! Hilang!!.. Puas aku recall balik tapi blank.. Puas aku cuba.. Kereta aku geledah, beg2.. Sampai aku tepon adik aku srh check kat dlm beg pampers Mira, cari kat umah mak aku.. Tapi xjumpa.. Biler dh kecoh2, mak aku dpt detect kamera dia hilang.. OHH DISASTER MAN!!

Bersih telinga aku kene ceramah.. Dah la mak aku nak g Beijing Sabtu ni.. Kamera pulak hilang.. Aritu aku dh rosakkan memory kad dia, ni baru je ganti kamera pulak yg lesap.. Shit mann!!.. Sakit dada aku.. Dah la bln ni kete dh byk makan duit aku smpi dkt seribu lebih.. Ni nak kene ganti kamera pulak.. Aku pun gatal, ada kamera sendiri, ada kamera henset xmau guna.. Hwwaaa Sedeh la..

Nak makan pun aku xlalu memikirkan mana nak cari duit nak gnti kamera mak aku tu.. Kad kedit ker.. Ah long ker.. Malam tu aku g Jusco tanya tauke India tu, dia pun kata xtau.. Pastu jumpa plak mak aku kat umah adik, kene lagi, ni secara lansung plak.. Td bersih telinga, ni cuping telinga plak nak tercabut kene cuci ngan klorox..

Ayah aku pon xkata apa2.. Atleast bela la skit.. Kata la kat mak aku tu, taqdir ke, dh hilang nak wat cmne ker.. Atau xapala nanti Abah ganti yang baru ker.. Ni tak diam jer tgk aku kena seksa..

Balik je diaorg, aku tmenung kat balkoni memikirkan nasib diri, Sis Nuni siap kata tah2 aku terlelap pastu tbuang kamera tu.. Lagi la aku meraung!! Tiba2 Abah telifon, aku ingatkan mak aku nak sambung episod Bebelan III tapi rupanya dia dh jumpa kamera tu kat atas sofa!!!!! Disebabkan cover kamera n sofa tu hitam, sumer org xperasan.. Sah-sah la aku dh bwk masuk masa aku p umah mak aku tu..

Yaaahhhooo!! Selamat duit aku, moralnya jgn lost memory, jgn pinjam kamera org!! Jgn siksa budak.. Kwang2.. Mak aku gelak n hepi je biler dpt balik kamera dia, mcm xada apa2 yg berlaku.. Konpius aku.. Nasib xsakit jantung..

Huuuhhh.. Wat Suspen Jerr.. Jumpa lagi.. Daaa

Wat Suspen Jerr Part I..

Salam.. Semalam aku hampir sakit jantung akibat dari kezutan yg memang boleh membuatkan jantung aku cedera.. Cenggini ceriternyer..

Adik aku kene attend ceramah driving n parents aku lak ada kursus haji (mudah2an tercapai hajat mereka utk menjadi tetamu Allah tahun ni.. Amminn).. So aku dgn baik hati telah sanggup nak jd babysitter anak buah kesygan aku - Cik Puan Seri Ameera.. Fikir punya fikir aku dpt idea utk bwk dia pegi main kat Jusco Equine Park.. Ala game yg budak2 blh lompat2, lari2, panjat2.. Ada bentuk kapal la, sotong la, diisi dgn udara.. Apatah nama dia..

Dengan bayaran RM 5 unlimited time, kami pon masuk.. Aku pun sibuk la amik gambo Mira menggunakan kamera mak aku.. Yang Mira ni pulak, sebegitu banyak benda kt ctu, kuda juga yg dia minat.. Padahal bukan xada kt umah dia.. Asyik2 main kuda jer, mata aku pun dh juling geram.. Aku pun dgn penuh paksaan dukung dia, campak dia kat dalam 'area lompat2' sampai dia tergolek dok.. Alamak amma appa.. Lama btul dia nak bangun balik sampai aku ingat dia dh terpeliot ke patah ke.. Dgn slumber badaknya aku pun naik sama atas menda tu nak rescue anak buah aku..

Budak2 yang ada dalam area tu terpegun tgk aku yg comei ni boleh gamble naik jugak.. Bergego perut aku kene lambung sbb budak2 tu xhenti melompat.. Patut la Mira xmau.. Seksa oo.. Mabuk laut pun ada.. Aku dgn segera capai Mira n bwk dia turun.. Sambil ngesot2 aku dapat rasakan angin keluar dengan dasatnya di cna cni.. Mampus la aku kalo tauke India tu nampak.. Silap haribulan dia suruh tiup balik menda tu, kurus aku dibuatnyer..

Bersambung.. Daa..

Sunday, May 03, 2009

Kettle@Cerek..

Salam.. Aku GERAMMm!! Walaupun this matter looks non sense utk digembar-gemburkan tapi aku xpedulik.. Semenjak aku tinggal di rumah ni msk tahun ke-3 bulan Mac yg lalu, dh 3 kali juga aku kene beli KettLE@CerEk baru..

Ini cerek aku yg sulong.. Isipadu dalam 5L.. Puas hati, jimat letrik walaupun nak msk air agak lama.. Dalam RM 150.. Tahun lepas alih2 lepas wat open house dah x blh pakai.. Sejuk je xpanas2..






Ni cerek yang kedua.. Brand Cornell kalau aku xsilap.. Beli kat Jusco Taman Equine.. Belum sampai setahun pun.. Waranty tah2 stil ada tapi kad dia plak dah hilang.. Hampeh.. Hampeh.. Sama gak cam kes dulu, on but air xpanas2 pon, mendidih apatah lagii.. 2o menet, 30 menet, sejam sama suhu air tu.. Sebijik buih pun xada.. Aku yg naik HOT adala..


Yang ni plak cerek yang ke 3.. Kali ini aku xambil kisah pasal brand.. So i simply choose Huafa as my new brand.. N yang lebih penting no more electrical kettle but yang jenis Dapur Gas n berbunyi biler air dah masak.. Yang sungguh hiba dan mengharukan, bunyi cerek ni biler air masak macam hon keta Myvi yg tcekik.. Pelan.. Sayu.. dan menggiurkan.. Haha.. Yang last tu aku main2 jer, kalo bunyi cerek pun dah ghairah, gersang gler!.. Isipadu dia pun kecik sket, 4 liter n harga RM 65.. Pretty expensive but worth to hv one..

Harap2 lepas ni xada dah hal2 non sense ni.. Dulu tu maybe akunyer electrical power supply not so stable kut.. Sbb peti ais aku pun penah koma 3 bln pasal menda yang sama.. Periuk nasi letrik pun koma seminggu.. Kalau aku pun koma siap la.. Tapi tuan rumah tu baik, report je dia cpt amik action.. Cuma currently aku belum sampai ati nak report coz dia baru jer abih RM 3000 baiki bilik bawah rumah aku tu.. Tiles bilik tu meleding dan meletopz!!.. Bunyi cam machine gun, siap aku n kucing aku terlompat2 masa kejadian sbb tiles tu btul2 meletop bwh kaki kami.. Kus semangat..

Macam2 hal.. Daa..

Wednesday, April 15, 2009

Takdir Yang Tersurat..

Salam.. Lama betul xpost apa2 as entry kat cni.. Selain idea yg entah kenapa xdtg2, banyak perkara yg terjadi semenjak akhir2 ni.. Sebagai manusia, aku juga punya kelemahan dan batas kesabaran.. Adakah biler kita menjadi DEWASA bermakna semua beban dan tanggungjawab terpikul semuanya di atas bahu kita??.. Dugaan yang dtg kadang kala hampir mnyebabkan aku rebah, sakit dan peritnya untuk berdiri kembali.. Bahkan untuk duduk pun aku bagaikan tiada kekuatan lagi..

Kadang2 aku buntu, segalanya berserabut dan memeningkan kepala.. Pada siapa patut aku berkongsi rasa, aku sendiri xtahu.. X sabar rasanya menghitung waktu agar semua ujian ini cepat berlalu.. Aku xmahu jadi manusia yg cepat mengalah, lekas berputus asa..

Hmmmpphh.. Tuhan tidak akan memberi kita sesuatu ujian andai kita tidak mampu memikulnya.. Kata2 inilah yang memberi aku kekuatan dan semangat.. Setiap masalah pasti punya penyelesaian, setiap penyakit akan ada penawarnya..

Banyak lagi insan lain di dunia yang ditimpa dugaan dan ujian yang lebih perit dan menyeksakan.. Hari tidak selalunya cerah tapi hujan bukan untuk selamanya..

SABAR dan TABAH.. Aku harus terus melangkah, usaha dan serahkan semuanya kepad tuhan Yang Maha Kuasa.. Dia yang lebih tahu apa yang lebih baik buat hamba2Nya.. Semoga sinar ceria akan muncul jua...

Daa..

**Enjoy background baru.. Mudah2an nanti mood pun baru - hepi n gembira!!

Tuesday, March 24, 2009

Tips To Create Password

Assalamualaikum.. Lama dah x mai cni.. Sibuk sikit.. Tahun baru, dapat tugas baru dan perlu juga selesaikan tugas2 lama yang tertunggak..

Idea pun xdtg2.. Ada banyak benda nak dicriter dan dikongsi tapi langsung xpunya ilham untuk terjemahkan sumer tu dalam patah2 kata..

So sementara nak clearkan blockage ni, aku terjumpa satu writeup psl PASSWORD.. Quite interesting to read and I think we should have a wise strategy to create a protactive password..

Bacala.. Jangan ngantuk2, ilmu tu beb..

Excerpt dari http://budakit.wordpress.com

The days of using simple words or single character or a blank as a password are gone. Today, easy passwords can be cracked or guessed within minutes. Since the information on your computer is precious, you need to protect it as much as you can. This guide is to help you create solid passwords that will be a roadblock for intruders who are trying to break-into your computer.

Length – The number of characters for your password is very important. The recommended number of characters is at least 7 characters. The reason is that a 3 character password such as fgy can easily be guessed by an intruder faster than a 7 character password.

Strength – The strength of a password refers to the complexity of the password. In another words, can any one guess what your password is. For example, if your computer account is Krishnakumar and your password is krishnakumar or KrishnaKumar, an intruder can easily try and succeed in logging into your computer. To strengthen your password, the recommendation is to use a mix of special characters, numbers, and the alphabet. Special characters are !@#$%^&*()_+{}. Here are a few examples of stronger passwords

Eg: 0!Mygod , H31pme

Do NOT use Common name with numbers and symbols merely substituting for

Similar looking alphabetic characters.LK

Eg : @l@ng, P@ssw0rd, R3liance,

But you can use like this in sentences

Eg: Ilike5* = “I like Five Star”

Do NOT make your password a dictionary word

Keywords – Most people are familiar with creating simple temporary passwords for new employees or for other trusted people with the intent on allowing them to change the password at a later time. Passwords like abc123 and 567fgh were commonly used. Now, you should break this habit. These passwords are almost like not having a password because intruders have programmed these words into their software to guess your password. The recommended practice is to assign a strong password from the beginning so that the new employee or trusted colleague will also follow your lead.

Do NOT use 123, 456, 555, 007, ABC. XYZ, XXX ,ASDF, Year of birth, phone number with your name /username

Eg: bob82

Boboi1987

IMPORTANT - The above password has only been shared as a technique for crafting a strong but easy to remember password. You should NOT use Ilike5* as your own password nor should you use any sample password shared in any other password guide. Prospective intruders often review password guides when compiling their lists of passwords to try.

Pssttt.. Jgn amik ringan ekk psl password ni.. Jumpa lagi.. Daaaa...

Friday, January 30, 2009

Perginya Seorang Puteri..

Hati ini terlalu gembira bila mendengar jodoh mu dengan sahabat kami telah tiba.. Tanggal 21 November 2008 dirimu dan dia selamat disatukan.. Manis sungguh senyuman mu di sisi suami tercinta.. Kami yang bertandang tumpang gembira.. Mendoakan agar jodoh kalian kekal selamanya..

Cepat sungguh masa beredar.. Kesibukan tugas lantas menjarakkan lagi kita.. Hari dihitung janji diberi dengan harapan untuk bersua kembali.. Namun kesempatan yang dinanti tetap belum dapat dicari..

Namun telah tertulis takdir Ilahi, bertemu kita tidak menjadi.. Belum pun puas suami mu bermesra.. Belum jua sempat dia mencurahkan kasih sayangnya.. Dikau telah pergi menghadap yg Esa.. Meninggalkan kami di kala inai masih merah dijari..

Remuk sungguh hati suami.. Permaisurinya kini tiada lagi.. Sedih dan hiba kami turut rasai.. Dirimu pergi tidak akan kembali..

Tinggal kini kenangan indah.. Tidak akan luput dalam ingatan.. Doa dan fatihah kami titipkan.. Semoga dikau tenang dalam pembaringan..

Damailah dikau disana.. Tenang di bawah rahmat yg esa.. Insya Allah sampai masanya kita akan kembali berjumpa..

Al Fatihah..



Puteri Norazila Megat Nurdin:
25 April 1981 - 25 Januari 2009




Buat Meor, Tabahkan hati.. Pasti ada hikmah atas kejadian ini.. Kita sama2 doakan agar roh Ila ditempatkan di kalangan orang beriman.. Insya Allah selagi ada hayat, kami tetap disisi mu kala susah dan senang..

Monday, January 12, 2009

Bad Day..

Salam.. I dont know, feel not good today.. My mood, my office, my work and everything seems very unusual.. Unhappy.. Today is Monday, and I dont think this coming user acceptance test would run smoothly.. Arrrghhh.. I hv tried my best to motivate myself as well as the other teammates but instead it turned out contradictly..

Perhaps I was too skeptical but they looked spiritless.. What should I do??.. This module stil incomplete and I am hopeless.. Everyone here has their own 'baby' to take care and they dont have much time to lend their hand eventhough they could.. I suppose join a trip to Cherating this Friday regarding our division 2009 achivement planning but honestly I dont have any mood to go.. It just for the sake of accompanying MrCitra Jiwa that also involved in the program.. And even the program has not yet started, 'somebody' has already questioned about my participation since I should stay to make sure the acceptance test can be executed successfully.. What a **** mouth!! Im so sad la, everything is not right..

Module that is stil in d midst of development, amendments, test script, user manual, acceptance tests, ministries rollouts, exams, and more and more.. If I could, I wan to cry.. Actually I dont have any strength to move on.. And January is not enough for me because February I'll be executed.. HHwaaa.. =(


Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran.. Tunjukkanlah pada ku jalan mana yg harus aku lalui bagi menempuh ujian dari Mu ini dan hindarilah aku dari sifat putus asa dan lemah semangat.. Berkatilah segala usaha-usaha ku, ampunilah daku dunia dan akhirat... Ammmiinnnnnn..

Wednesday, January 07, 2009

Welcome 2009

Salam.. Lama dah xwat entry kat dcni.. Sibuk sket semenjak masuk opis lps cuti aritu, yer la tahun baru, tugas pun btambah2.. Anyway aku rasa blum terlambat utk wish:Happy New Year.. Awal Muharram dan 2009!!



Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi milik Mu ini.. Terlalu byk dosa yg telah aku lakukan, tapi tidak akan aku mengalah mcari keampunan dan keredhoanMu.. Ya Allah berikanlah kami petunjuk dan kekuatan untuk menjadi hambaMu yang Kau kasihi dunia dan akhirat.. Hancurkanlah Israel, Musnahkanlah Yahudi dan sekutunya.. Berilah pertolongan, kurniakanlah kesabaran, iman dan taqwa agar saudara2 kami yang dizalimi di sana tetap teguh pada ajaranMu.. Smoga Kau kurniakan syurga buat mereka.. Dan Kau azabkanlah manusia-manusia durjana itu dengan sehebat-hebatnya.. Aminnn..

Hari tu aku jumpa Lah, kawan aku yg tgh wat Phd kat Brussels, Belgium.. Kebetulan dia balik cuti di Malaysia dan kami g kenduri kawen Along sama2.. Selain itu Irwan and Hafiz pun ada.. Trubat jugak rindu kat kwn2 lama.. Sumer xbrubah, maintain slim and fit.. Tapi aku, masya Allah.. Badan xhengat naik melampau2.. Arrggghhhhh tension2.. Camne la aku nak buat ni, saiz baju n sluar tu satu hal, yg XL pun xtentu muat dah.. Aku risau sakit yg ada kaitan dgn obesiti ni.. Huhuhu.. Kwn2 kat opis, MrCitra Jiwa, Sis Nuni n yg lain bkn xtegur psl body aku yg dh bulat ni, blh kata bersih dh telinga kau kene laser (tp tetap xlawan silaserazwanali ittew..).. Tapi aku yg wat ketegaq.. Isk2.. Kene wat something ni..

Keje pun dh mula menimbun2 balik.. Aku, Akib n Su kene siapkan modul before 19 hb ni, nak wat second user acceptance test dah, pengarah aku pun dh bising2 tanya biler modul ni blh launch.. Next week nk g Cherating, Kuantan ada Division discussion on 2009 plan.. Pastu nak kena wat acceptance test utk tempat aku, kementerian pilot.. Pastu nak roll out kat sumer ministries.. Pastu nak habihkan mana2 amendment yg pending utk module tu.. Pastu ada exam lagi.. Satu haper pun xmasuk dlm kepala aku ni.. AAAARRRRGGGHHHHHHH tolong..... Ke TAMPOI kah aku selepas ini???!!



MrCitra Jiwa, Sis Nuni, Akib n Su... Sama2 lah kita bersabar yer.. Daaaaaaa....

***PPsstt.. Album Dato' Siti Nurhaliza dah kuar --> Lantera Timur.. Best gler.. Beli la.. Original tau.. =)