Monday, May 25, 2009

Jangan tuntut bukan-bukan..

Salamm.. Moh kita baca dan hayati kenyataan PM Dato Seri Najib dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2009..

KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan kerana cuba mengambil kesempatan daripada gagasan ‘1Malaysia’ dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri berkata, Satu Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional, bukannya platform bagi mana-mana pihak melontar tuntutan yang bukan-bukan.

“Saya berharap gagasan Satu Malaysia ini merupakan satu konsep yang boleh menjurus kepada perpaduan lebih kental lagi kerana konsep ini bawa penghayatan perpaduan kepada tahap lebih tinggi lagi, seperti mana yang saya sebutkan tadi daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan.

“Itu merupakan satu peningkatan ke arah penghayatan yang lebih mendalam mengenai soal perpaduan nasional dan bukanlah konsep Satu Malaysia ini disalah gunakan oleh sesiapa untuk membuat atau mendesak tuntutan yang keterlaluan atau tidak munasabah,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama Satu Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu saja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.

Sebelum ini, ada ahli Kabinet meminta kaedah pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibuat secara meritokrasi kerana ia mencerminkan gagasan Satu Malaysia.

Pemimpin pertubuhan haram Hindraf pula meminta kerajaan memberi status bumiputera kepada penduduk kaum lain yang lahir selepas merdeka.

Permintaan itu dibuat atas dasar kononnya ia bagi menyatukan seluruh penduduk negara ini dan memberi makna sebenar Satu Malaysia.

Perdana Menteri menambah, adalah menjadi harapan beliau agar gagasan Satu Malaysia dihayati dengan sebaik mungkin agar objektifnya itu dapat difahami dan dicapai.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, gagasan Satu Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuh perpaduan nasional iaitu konsep penerimaan, prinsip kenegaraan dan konsep keadilan sosial.

Jelas beliau, penerimaan bererti walaupun rakyat pelbagai kaum secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya antara satu sama lain tetapi mereka mengamalkan toleransi dan menerima yang lain sebagai rakan yang setia.

“Kita perlu berganjak daripada konsep toleransi ke konsep penerimaan, apabila kita menerima masyarakat majmuk di negara ini sebagai satu kekuatan kita dan menerima kaum lain sebagai rakan setia kita,” katanya.


Katanya, dalam kenegaraan, antara yang penting ialah rakyat perlu mengetahui peranan pengasas negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan.

Tambah beliau, semangat Rukun Negara juga perlu dihayati bagi membolehkan satu nilai budaya untuk seluruh Malaysia dapat diwujudkan di bawah prinsip kenegaraan.

“Apabila kita tahu sejarah negara, maka kita juga tahu di mana kita berada dan apakah hala tuju negara pada masa depan,” katanya.

Mengenai keadilan sosial, jelasnya, ia menerangkan bahawa setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Katanya, rakyat perlu bersama menjayakan gagasan Satu Malaysia demi perpaduan negara berdasarkan konsep penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial itu.


** Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung.. Yang paling utama, jangan sampai ada yg lupa daratan.. Daa..

Friday, May 08, 2009

Menanti Masa..

Salam.. Alhamdulillah bulan ni banyak peristiwa yang berlaku di depan mata, maka banyaklah jua ceriter yang boleh kita kongsikan bersama.. Yang baik anda jadikan tauladan, yang buruk buatlah ia sebagai sempadan.. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar kita menjadi dewasa..

Alkisahnya semalam aku pegi ke satu pasaraya di Alamanda Putrajaya.. Nak carik bahan2 untuk wat Char Kuew Tiaw.. Ada org mengidam nak makan.. Dah dapat hampir semua menda2 yang diperlukan, tinggal lagi minyak bijan.. Ada tapi yg ada, sumer xada tanda halal.. So cancel, beli kat luar la.. Isk2 nama jer duk negara Islam tp payah tul nak dpt benda tanpa rasa syubhah..

Pastu duk round sambil tgk2 ayam n udang.. Dalam pada tu singgah jap kat area ikan.. Pada awalnya aku begitu teruja melihat ikan2 talapia tu hidup dalam aquarium.. Tapi biler aku perhati betul2, xada riak2 gembira pada wajah2 ikan2 yang ada dalam tu (aku punya tahap empati kepada haiwan esp. ikan dan kucing amat dasat so aku blh tau depa hepi ke x hehe).. Banyak tapi tiada kemeriahan.. Xada adengan kejar mengejar, bergurau senda..



Apa yang jelas masing2 muram, sedih dan kadang2 menganga dengan seluas2nya menyedut oksigen yang sangat terhad.. Haru aku tgk ikan2 tu.. Patutnya sumer hepi sebab aquarium tu cantik dan ramai kawan plak tu..



Tapi bila pandang sign kat ctu --> Ikan Hidup Segar!!.. Baru aku paham napa sumernya muram semcm.. Mereka hanya Menanti Masa untuk disiang hidup2 sbg santapan manusia2 yang inginkan kesegaran kononnya.. Apa la erti aquarium yang cantik, kawan yg ramai kalau hidup hanya untuk mati.. Siannya..





Smoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah Yang Maha Adil.. Betapa bsrnya pengorbanan mereka walaupun hanya sekadar ikan talapia..

Aku juga ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan 'SLamaT Hari Ibu' pada bonda tersyg dan sumer ibu2 di dunia, khususnya buat Mak, Mama Ct, Sis Mazni, Sis Nuni, Ika, Tun Adillah Penilaian, Hajiawati Penilaian dan Adik aku.. Dan pada sumer2 Ibu2 yang aku kenali atau tidak.. Sygilah dan besarkan anak2 baik2 tau.. Beruntungnya jadi ibu, syurga anak2 terletak di bawah tapak kaki anda.. Insya Allah, pahit jerih.. Susah payah.. dan segala kesulitan akan membuahkan anak yg soleh/solehah.. Janji kene ikhlas dan byk bsabar ekk..

Mama.. Sesungguhnya jasa dan kasih syg mu tidak mampu ku balas.. Smoga Allah merahmati dan menyayangi mu dunia akhirat.. Kaulah buah hati ku.. Sayang ma..

Jumpa lagi.. Daaa..

Monday, May 04, 2009

Wat Suspen Jerr Part II..

Salam.. Kita sambung balik kay..

Lepas tu, Mira kembali ke kudanya.. Aku dh giveup, sukati la Mira.. Asal ko bahagia.. Last2 dia naik juga papan gelungsur setelah aku paksa dgn cara bhemah.. Hehe.. Cuma ada sekali tu masa dia nak menggelungsur aku tgk ada benda putih kat kaki dia.. Bila aku pegang rupa2nya PAMPERS!!.. Pampers dia dh meloyot smpai ke bwh.. Berdekah2 aku ketawa, dgn Mira2 pun ketawa.. Dia tak tau kalau ada 'harta karun' dalam bentuk PEPEJAL atau CECAIR nayalah kitaorg kena maki dgn tauke India.. Nasib baik xada.. Alih2 kamera mak aku pun abih bateri.. Aku simpan balik dlm sarung dia..

Tgahari aku pun bwk Mira blk ke rumah mak aku.. Sampai jer aku terus minta mak aku bg charger kamera.. Belumpun charger smpi di tangan aku dh terlena kepenatan.. Alih2 dh ptg, aku nak blk umah aku sbb nak amik brg since bulan ni aku kene tido umah adik aku during week days.. So aku amik charger n balik umah..

Sampai jer kat umah aku carik kamera mak tu utk charge betri.. TAPII!!.. Yang suspennya, kamera tu xada!! Hilang!!.. Puas aku recall balik tapi blank.. Puas aku cuba.. Kereta aku geledah, beg2.. Sampai aku tepon adik aku srh check kat dlm beg pampers Mira, cari kat umah mak aku.. Tapi xjumpa.. Biler dh kecoh2, mak aku dpt detect kamera dia hilang.. OHH DISASTER MAN!!

Bersih telinga aku kene ceramah.. Dah la mak aku nak g Beijing Sabtu ni.. Kamera pulak hilang.. Aritu aku dh rosakkan memory kad dia, ni baru je ganti kamera pulak yg lesap.. Shit mann!!.. Sakit dada aku.. Dah la bln ni kete dh byk makan duit aku smpi dkt seribu lebih.. Ni nak kene ganti kamera pulak.. Aku pun gatal, ada kamera sendiri, ada kamera henset xmau guna.. Hwwaaa Sedeh la..

Nak makan pun aku xlalu memikirkan mana nak cari duit nak gnti kamera mak aku tu.. Kad kedit ker.. Ah long ker.. Malam tu aku g Jusco tanya tauke India tu, dia pun kata xtau.. Pastu jumpa plak mak aku kat umah adik, kene lagi, ni secara lansung plak.. Td bersih telinga, ni cuping telinga plak nak tercabut kene cuci ngan klorox..

Ayah aku pon xkata apa2.. Atleast bela la skit.. Kata la kat mak aku tu, taqdir ke, dh hilang nak wat cmne ker.. Atau xapala nanti Abah ganti yang baru ker.. Ni tak diam jer tgk aku kena seksa..

Balik je diaorg, aku tmenung kat balkoni memikirkan nasib diri, Sis Nuni siap kata tah2 aku terlelap pastu tbuang kamera tu.. Lagi la aku meraung!! Tiba2 Abah telifon, aku ingatkan mak aku nak sambung episod Bebelan III tapi rupanya dia dh jumpa kamera tu kat atas sofa!!!!! Disebabkan cover kamera n sofa tu hitam, sumer org xperasan.. Sah-sah la aku dh bwk masuk masa aku p umah mak aku tu..

Yaaahhhooo!! Selamat duit aku, moralnya jgn lost memory, jgn pinjam kamera org!! Jgn siksa budak.. Kwang2.. Mak aku gelak n hepi je biler dpt balik kamera dia, mcm xada apa2 yg berlaku.. Konpius aku.. Nasib xsakit jantung..

Huuuhhh.. Wat Suspen Jerr.. Jumpa lagi.. Daaa

Wat Suspen Jerr Part I..

Salam.. Semalam aku hampir sakit jantung akibat dari kezutan yg memang boleh membuatkan jantung aku cedera.. Cenggini ceriternyer..

Adik aku kene attend ceramah driving n parents aku lak ada kursus haji (mudah2an tercapai hajat mereka utk menjadi tetamu Allah tahun ni.. Amminn).. So aku dgn baik hati telah sanggup nak jd babysitter anak buah kesygan aku - Cik Puan Seri Ameera.. Fikir punya fikir aku dpt idea utk bwk dia pegi main kat Jusco Equine Park.. Ala game yg budak2 blh lompat2, lari2, panjat2.. Ada bentuk kapal la, sotong la, diisi dgn udara.. Apatah nama dia..

Dengan bayaran RM 5 unlimited time, kami pon masuk.. Aku pun sibuk la amik gambo Mira menggunakan kamera mak aku.. Yang Mira ni pulak, sebegitu banyak benda kt ctu, kuda juga yg dia minat.. Padahal bukan xada kt umah dia.. Asyik2 main kuda jer, mata aku pun dh juling geram.. Aku pun dgn penuh paksaan dukung dia, campak dia kat dalam 'area lompat2' sampai dia tergolek dok.. Alamak amma appa.. Lama btul dia nak bangun balik sampai aku ingat dia dh terpeliot ke patah ke.. Dgn slumber badaknya aku pun naik sama atas menda tu nak rescue anak buah aku..

Budak2 yang ada dalam area tu terpegun tgk aku yg comei ni boleh gamble naik jugak.. Bergego perut aku kene lambung sbb budak2 tu xhenti melompat.. Patut la Mira xmau.. Seksa oo.. Mabuk laut pun ada.. Aku dgn segera capai Mira n bwk dia turun.. Sambil ngesot2 aku dapat rasakan angin keluar dengan dasatnya di cna cni.. Mampus la aku kalo tauke India tu nampak.. Silap haribulan dia suruh tiup balik menda tu, kurus aku dibuatnyer..

Bersambung.. Daa..

Sunday, May 03, 2009

Kettle@Cerek..

Salam.. Aku GERAMMm!! Walaupun this matter looks non sense utk digembar-gemburkan tapi aku xpedulik.. Semenjak aku tinggal di rumah ni msk tahun ke-3 bulan Mac yg lalu, dh 3 kali juga aku kene beli KettLE@CerEk baru..

Ini cerek aku yg sulong.. Isipadu dalam 5L.. Puas hati, jimat letrik walaupun nak msk air agak lama.. Dalam RM 150.. Tahun lepas alih2 lepas wat open house dah x blh pakai.. Sejuk je xpanas2..






Ni cerek yang kedua.. Brand Cornell kalau aku xsilap.. Beli kat Jusco Taman Equine.. Belum sampai setahun pun.. Waranty tah2 stil ada tapi kad dia plak dah hilang.. Hampeh.. Hampeh.. Sama gak cam kes dulu, on but air xpanas2 pon, mendidih apatah lagii.. 2o menet, 30 menet, sejam sama suhu air tu.. Sebijik buih pun xada.. Aku yg naik HOT adala..


Yang ni plak cerek yang ke 3.. Kali ini aku xambil kisah pasal brand.. So i simply choose Huafa as my new brand.. N yang lebih penting no more electrical kettle but yang jenis Dapur Gas n berbunyi biler air dah masak.. Yang sungguh hiba dan mengharukan, bunyi cerek ni biler air masak macam hon keta Myvi yg tcekik.. Pelan.. Sayu.. dan menggiurkan.. Haha.. Yang last tu aku main2 jer, kalo bunyi cerek pun dah ghairah, gersang gler!.. Isipadu dia pun kecik sket, 4 liter n harga RM 65.. Pretty expensive but worth to hv one..

Harap2 lepas ni xada dah hal2 non sense ni.. Dulu tu maybe akunyer electrical power supply not so stable kut.. Sbb peti ais aku pun penah koma 3 bln pasal menda yang sama.. Periuk nasi letrik pun koma seminggu.. Kalau aku pun koma siap la.. Tapi tuan rumah tu baik, report je dia cpt amik action.. Cuma currently aku belum sampai ati nak report coz dia baru jer abih RM 3000 baiki bilik bawah rumah aku tu.. Tiles bilik tu meleding dan meletopz!!.. Bunyi cam machine gun, siap aku n kucing aku terlompat2 masa kejadian sbb tiles tu btul2 meletop bwh kaki kami.. Kus semangat..

Macam2 hal.. Daa..